:
Pengenalan%20Tadika


Penubuhan Tadika Imtiyaz adalah berpaksikan kepada usaha bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun secara holistik dan seimbang dari aspek penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira), jasmani, emosi, perhubungan sosial serta keseimbangan perkembangan kanak-kanak dari sudut kefahaman asas agama Islam.

Pendekatan pembelajaran Imtiyaz akan disokong oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman bersama aktiviti yang menyeronokan, kreatif serta dapat membina keyakinan kendiri sebagai satu persediaan untuk hidup dalam persekitaran, dapat menangani cabaran dan sedia untuk berada di alam sekolah rendah

MOTO

“MEMBINA GENERASI IMTIYAZ ”

OBJEKTIF

  • Menguasai sukatan pembelajaran seperti mana yang ditetapkan
  • Menguasai Kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa Arab
  • Menyerap dan beramal dengan cara hidup Islam
  • Kesantunan di dalam kehidupan dan beramal dengan adab-adab Islam
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  • kebolehan berkerja secara kendiri dan berkumpulan