Utama > Pengenalan Tadika

17-Apr-2019

Penubuhan Tadika Imtiyaz adalah berpaksikan kepada usaha bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun secara holistik dan seimbang dari aspek penguasaan 3M (membaca , menulis dan mengira ) , jasmani , emosi , perhubungan sosial serta keseimbangan perkembangan kanak-kanak dari sudut kefahaman asas agama Islam .

Pendekatan pembelajaran Imtiyaz akan disokong oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman bersama aktiviti yang menyeronokan , kreatif serta dapat membina keyakinan kendiri sebagai satu persediaan untuk hidup dalam persekitaran , dapat menangani cabaran dan sedia untuk berada di alam sekolah rendah

MOTO

“MEMBINA GENERASI IMTIYAZ ”

OBJEKTIF

  • Menguasai sukatan pembelajaran seperti mana yang ditetapkan
  • Menguasai Kemahiran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan bahasa Arab
  • Menyerap dan beramal dengan cara hidup Islam
  • Kesantunan di dalam kehidupan dan beramal dengan adab-adab Islam
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  • kebolehan berkerja secara kendiri dan berkumpulan