Utama > Pengenalan STAM

17-Apr-2019

Perkembangan Pendidikan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah semakin mendapat sambutan di pelbagai peringkat di Negara kita. Seharusnya masyarakat memandang perkembangan ini dengan positif dan perlu disahut oleh cendiakawan Islam khususnya yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keesahan dan kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009 ini STAM diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al Azhar.

STAM Mahaad Imtiyaz ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang hanya mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra universiti.

Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelnagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman. Justeru itu, penubuhan institut ini adalah merupakan satu keperluan dalam mendepanani cabaran masyarakat dan Negara pada masa hadapan. Pastinya ia merupakan langkah bijak dan perlu disokong oleh semua pihak.