:
Pengenalan%20SRIM


Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) adalah sebuah sekolah Rendah Islam yang menggabungkan bidang pengajian Islam dan Akademik . Didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SRAR/IP.147/13

Falsafah Sekolah
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan yang seimbang di segi Aqal , Rohani , emosi dan jasmani serta mempunyai jati diri yang utuh untuk agama , bangsa , negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang ,bersepadu menyeluruh dan berterusan

Visi Sekolah
Menjadikan institusi untuk membentuk generasi Harapan Ummah

Misi Sekolah
Membina system pendidikan Islam Holistik untuk melahirkan insan Rabbani yang berakhlak , berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

Objektif Sekolah
Untuk mencapai visi dan misi tersebut
1. Menanamkan budaya kerja cemerlang , berkesan dan bijaksana
2. Membina budaya cemerlang kepada semua kakitangan dan pelajar
3. Membina Pelajar yang holistic merangkumi pembinaan Aqli , Ruhi ,Emosi dan Jasadi melalui aktiviti kurikulum dan Kokurikulum
4. Tarbiyyah Islamiyyah menjadi tonggak utama dalam pembinaan bina insan