:
PENGENALAN


PENGENALAN RINGKAS

Melihat kepada perkembangan dan suasana masyarakat di Malaysia , kita dapati secara keseluruhanya terutama anak-anak muda berada di dalam yang cukup membimbangkan. Pelbagai masalah yang melanda telah dibawa masuk oleh barat ke dalam dada masyarakat hingga menyebabkan hilangnya jati diri sebagai pemuda dan pemudi Islam .begitu juga , sudah hilang di dalam masyarakat nilai-nilai kemasyrakatan yang dibawa oleh ISLAM itu sendiri

Oleh itu Akademi Ikatan Muslimin terpanggil untuk menyahut cabaran ini , dalam mendepani dan menyantuni setiap lapisan masyarakat seperti berikut

Menyebarluaskan pendekatan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di dalam masyarakat melalui pendekatan yang dianjurkan oleh Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Oleh itu AKADEMI IKATAN MUSLIMIN ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pendidikan setiap lapisan masyarakat bermula dengan kanak-kanak ,remaja , belia dan dewasa samada lelaki dan wanita . Mengisi keperluan ilmu dalam fikran dan hati masyarakat dan akhirnya akan menjadikan masyarakat Malaysia beriman , masyarakat yang berilmu seterusnya masyarakat yang mendukung kebaikan dan menolak kejahatan .
Cita-cita kita jelas iaitu ingin melahirkan seramai mungkin generasi Harapan Ummah . Dengan gandingan tenaga pengalaman orang lama dan semangat orang muda , kita berkayakinan matlamat dan cita-cita MELAHIR GENARASI HARAPAN akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Bagi mencapai cita-cita tersebut, kita berharap bukan sahaja kumpulan tertentu sahaja yang berusaha dan menjayakan projek besar ini, tetapi dibantu oleh seluruh masyarakat di dalam semua aspek , samada kewangan,tenaga , pemikiran dan sokongan padu . Sumbangan dari individu dan masyarakat yang faham tentang tanggungjawab sosial dan kesedaran perlunya usaha ke arah pengislahan di dalam masyarakat dalam pelbagai lapisan akan menjadikan bangsa dan negara kita dirahmati dan diberkati oleh Allah

VISI

“MEMBANGUN KEKUATAN TAMADDUN ISLAM DI MALAYSIA BERASASKAN

PENDIDIKAN BERSEPADU UNTUK KEJAYAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI “

MISI
Menjadikan Akademi Ikatan Muslimin sebagai pusat yang disegani dalam

mendidik dan membimbing pelbagai lapisan masyarakat hingga lahirnya

masyarakat yang berperanan sebagai khalifah Allah di bumi ini.

MOTO

MEMBINA GENERASI HARAPAN

OBJEKTIF

Membina , mendidik dan membimbing setiap lapisan mesyarakat untuk mencapai matlamat melahirkan masyrakat beriman dan cemerlang
Melahirkan setiap lapisan masyarakat mempunyai berpengetahuan luas dalam bidang agama yang dicintai
Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
Memantapkan jatidiri masyarakat bagi menghadapi cabaran globalisasi
Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.