https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1718154702.png

JEELUL IMTIYAZ NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID DAERAH IPOH

IPOH, 8 JUN - JEELUL IMTIYAZ TELAH BERJAYA MERANGKUL GELARAN NAIB JOHAN ACARA NASYID PERTANDINGAN IHTIFAL KAFA DAERAH IPOH YANG DIADAKAN DI SEKOLAH RENDAH AL UMMAH. 

JEELUL IMTIYAZ TEWAS TIPIS DENGAN PERBEZAAN 3 MATA SAHAJA. SEORANG LAGI WAKIL PESERTA BANAT SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ PULA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KEEEMPAT DALAM ACARA BERCERITA PEREMPUAN.

TAHNIAH KEPADA PARA GURU DAN IBU BAPA YANG  TERLIBAT.

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1718096338.png

WAKIL PELAJAR MIM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PING PONG

WAKIL PELAJAR MAAHAD IMTIYAZ TELAH BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN DALAM KANIVAL SUKAN SEKOLAH AGAMA NEGERI DAN AGAMA RAKYAT  NEGERI PERAK. TAHNIAH

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1716954727.jpg

DUA PELAJAR MIM PEROLEH A PENUH SPM 2023

OLEH LATIFAH HASHIM

IPOH, 29 MEI - SIAPA SANGKA KEJAYAAN MILIK DUA PELAJAR MAAHAD IMTIYAZ, ULU KUANG PERAK . ITULAH YANG DAPAT DILIHAT DENGAN KEPUTUSAN CEMERLANG A PENUH YANG DIPEROLEHI OLEH ABDUL ALIFF DAN FATIHAH 

DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023. ABDUL ALIFF BERKONGSI TIP YANG DIAMALKANNYA SEPANJANG BELAJAR DI MAAHAD IMTIYAZ.

MENURUTNYA KITA HENDAKLAH SENTIASA KEMBALI KEPADA ALLAH ATAS SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN SEBAB ADA AYAT DALAM AL-QURAN IAITU SURAH AL-BAQARAH YANG BERBUNYI :

"...DAN KEPADA ALLAH JUA KEMBALINYA SEGALA URUSAN".

"ALLAH JUALAH YANG BERI SAYA SEMANGAT, KEPANDAIAN DAN SEGALA NIKMAT DAN DIA JUGA BERHAK MENARIK BALIK SEMUA ITU, SEBAGAI TANDA KITA MENGHARGAI DAN BERSYUKUR,

KITA BERBUAT DEMIKIAN SUPAYA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN TIDAK SEMATA-MATA KERANA MATERIALISTIK DAN INDIVIDUALISTIK" KATANYA PADA HARI INI.

ABDUL ALIFF YANG MERUPAKAN PELAJAR MAAHAD IMTIYAZ SEJAK TINGKATAN 1 JUGA TELAH BERJAYA MENGHAFAL 30 JUZUK AL-QURAN DAN BERGELAR AL-HAFIZ.

ANAK SULUNG DARIPADA 4 BERADIK INI BERCITA-CITA UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI BUMI MADINAH DAN KINI SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI MAAHAD IMTIYAZ.

 

SEMENTARA ITU, FATIHAH TURUT BERKONGSIKAN AMALAN YANG DILAKUKANNYA SEMASA BELAJAR IAITU FOKUS DALAM KELAS, SAMPAI FAHAM TOPIK YANG CIKGU AJAR. TERUS TANYA GURU JIKA TIDAK FAHAM.

ANAK KETUJUH DARIPADA LAPAN BERADIK INI JUGA BERPESAN BANYAKKAN SELAWAT, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN JANGAN TINGGAL AL-QURAN.

"JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA, TERUTAMANYA IBU AYAH DAN GURU-GURU." KATANYA YANG BERCITA-CITA MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG SAINS SOSIAL ATAU KEWANGAN.

 

SECARA KESELURUHAN MAAHAD IMTIYAZ MENCAPAI PENINGKATAN GPS SEBANYAK 0.23 BERBANDING TAHUN LEPAS.

 

 

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_Root_1716774971.jpg

SRIM TERUS MENGUKIR NAMA

IPOH, 25 MEI - SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ(SRIM) TERUS MENGUKIR KEJAYAAN DENGAN MENJADI JUARA ACARA NASYID DALAM PERTANDINGAN IHTIFAL KAFA IPOH ZON 4.

KUMPULAN NASYID SRIM TELAH DIBIMBING OLEH MUALLIMAH MUHAMMAD USAMAH BIN ZOLKIFLI. 

KEJAYAAN TURUT DIUKIR DALAM ACARA BERCERITA KATEGORI PEREMPUAN YANG TELAH DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN DALAM ACARA TERSEBUT. 

ACARA LAIN YANG TURUT MENDAPAT TEMPAT IALAH NAIB JOHAN KHAT KATEGORI LELAKI DAN KETIGA ACARA KHAT KATEGORI PEREMPUAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN.

 

 

GAMBAR BOLEH DIAKSES DI FACEBOOK RASMI SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ (SRIM)

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1713517386.jpg

TAHNIAH, PELAJAR SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG UPKK 2023

ALHAMDULILLAH,  SERAMAI 13 ORANG CALON UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2023 SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ MEMPEROLEH 8 A DENGAN PURATA KESELURUHAN PELAJAR LULUS. TAHNIAH, PELAJAR SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG UPKK 2023

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1713514540.jpg

TAHNIAH, KEJAYAAN PELAJAR STAM MAAHAD IMTIYAZ 2023

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR STAM MAAHAD IMTIYAZ 2023 DI ATAS KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI. SEMOGA DIDIKAN PARA MURABBI DI MAAHAD IMTIYAZ AKAN TERUS DIBAWA KE MANA-MANA SAHAJA.

 

MUMTAZ UNTUK UMMAH

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1713167440.jpg

JOM PUASA 6

TIBANYA BULAN SYAWAL, SEMUA UMAT ISLAM PASTI TERSENYUM KEGEMBIRAAN DALAM MERAIKAN BULAN KEMENANGAN INI SETELAH SEBULAN MENGERJAKAN IBADAH PUASA WAJIB DI BULAN RAMADAN. KESEMUA DARIPADA KITA PASTI AKAN MERINDUI SUASANA BULAN RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN DIGANDAKAN PAHALA AMALAN SERTA KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.

NAMUN, BERAKHIRNYA BULAN RAMADAN, BUKAN BERERTI PENGAKHIRAN KITA UNTUK TIDAK MENERUSKAN IBADAH PUASA DAN SALAH SATUNYA YANG DITUNTUT ADALAH DALAM MENGERJAKAN IBADAH PUASA 6 DI BULAN SYAWAL. BANYAK KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN YANG DAPAT DIPEROLEH SEKIRANYA KITA BERUSAHA MENUNAIKANNYA.

BERIKUT DIKONGSIKAN FADILAT / KELEBIHAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL MENURUT SUMBER RUJUKAN DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN JAKIM:

5 KELEBIHAN PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL

1. MENDAPAT GANJARAN PAHALA SEPERTI BERPUASA SETAHUN

PUASA MERUPAKAN SALAH SATU IBADAH YANG MEMPUNYAI TEMPAT YANG TINGGI DI SISI ALLAH.

OLEH SEBAB ITU, UMAT ISLAM DIGALAKKAN UNTUK MELENGKAPKAN PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL.

MEMETIK HADIS RIWAYAT MUSLIM YANG DIKONGSIKAN OLEH JAKIM :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

TERJEMAHAN:

DARIPADA ABU AYYUB AL-ANSARI RA, MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA: “SESIAPA YANG BERPUASA RAMADAN, KEMUDIAN DIIRINGINYA DENGAN PUASA (SUNAT) ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL, ITU ADALAH MENYAMAI SEPERTI BERPUASA SELAMA SETAHUN.”

(HADITH RIWAYAT MUSLIM, NO. 1164, ABU DAWUD, NO. 2433, AL-TIRMIZI, NO. 759, IBN MAJAH, NO. 1716, AHMAD, NO. 22433 & 22454)

MENERUSI HADIS INI, PUASA 6 JUGA DILIHAT SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW DENGAN MENGURNIAKAN PELUANG UNTUK BEROLEH PAHALA BERPUASA SETAHUN JIKA PUASA BULAN RAMADHAN DILENGKAPI DENGAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL.

IBADAH YANG KITA LAKUKAN TAK LAIN HANYALAH BAGI MENDAPATKAN PAHALA SERTA KEREDAAN ALLAH. TERDAPAT SATU LAGI HADIS YANG MEMBERI GAMBARAN TENTANG FADILAT PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL.

BERDALILKAN SATU RIWAYAT HADIS YANG BERMAKSUD: “PUASA RAMADAN PAHALANYA MENYAMAI BERPUASA SELAMA SEPULUH BULAN DAN BERPUASA ENAM HARI DARIPADA BULAN SYAWAL MENYAMAI PUASA SELAMA DUA BULAN. MAKA IANYA MENCUKUPI SETAHUN.”

(HADITH RIWAYAT AHMAD, NO. 21378, IBN AL- KHUZAIMAH DALAM SAHIHNYA, NO. 2115, AL-DARIMI, NO. 1755, AL-BAIHAQI DALAM SUNAN AL-KUBRA, NO. 8230).

TAWARAN INI HANYA DATANG SETAHUN SEKALI UNTUK KITA MEREBUT PAHALA BERPUASA SEBULAN PADA BULAN  RAMADAN DAN 6 HARI PADA BULAN SYAWAL.

MENURUT PERKONGSIAN DARI JAKIM, ULAMA TERKEMUDIAN DALAM MAZHAB SYAFIE SEPERTI AL-KHATIB AL-SYARBINI DAN IMAM AL-RAMLI, ORANG YANG MENUNAIKAN PUASA LAIN SEPERTI QADHA’, NAZAR ATAU PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS SELAMA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL TURUT MEMPEROLEHI PAHALA PUASA SUNAT SYAWAL.

OLEH ITU, BULAN SYAWAL IALAH BULAN YANG DIGALAKKAN BAGI KITA UNTUK MENGERJAKAN PUASA SEPERTI PUASA SUNAT, NAZAR ATAU QADHA’.

2.MENAMPUNG KEKURANGAN PUASA RAMADAN

ANTARA KELEBIHAN PUASA 6 ADALAH IA MERUPAKAN PELUANG UNTUK KITA MENAMPUNG KEKURANGAN PUASA RAMADAN YANG TERDAHULU.

DALAM MENJELASKAN MENGENAI PERKARA INI AL-IMAM IBN RAJAB MENJELASKAN:

أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.

“SESUNGGUHNYA PUASA ENAM DAN PUASA SYAABAN ADALAH SEPERTI AMALAN SOLAT SUNAT RAWATIB SEBELUM DAN SESUDAH SOLAT FARDU. AMALAN SUNAT INI MENAMPUNG KEKURANGAN YANG ADA PADA AMALAN FARDU TERSEBUT SEKIRANYA BERLAKU KELOMPONGAN PADA AMALAN FARDU.” (LATAIF MAARIF)

3. MENERUSKAN MOMENTUM IBADAH RAMADAN

SELAIN ITU, KITA JUGA AMAT DIGALAKKAN UNTUK BERPUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL UNTUK MENERUSKAN MOMENTUM AMAL IBADAH YANG TELAH DILAKUKAN PADA BULAN RAMADAN.

KEBANYAKAN DARI KITA AMAT BERSEMANGAT UNTUK MELAKUKAN AMAL IBADAH KETIKA BULAN RAMADAN, DAN BERJAYA MELAWAN NAFSU UNTUK MENGGANDAKAN AMALAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN.

UNTUK MEMBANTU MENGEKALKAN MOMENTUM TERSEBUT, PUASA 6 DAPAT MELATIH JIWA KITA UNTUK TETAP KONSISTEN DALAM TETAP MENGERJAKAN AMALAN SUNAT.

4. MENJADI PELENGKAP IBADAH FARDU

SEPERTI YANG DIJELASKAN OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA ISLAM DAN PENERANGAN KERAJAAN NEGERI PERAK, YB USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN, KITA SEBAGAI HAMBA-NYA YANG LEMAH SENTIASA BERHARAP SUPAYA AMALAN SUNAT YANG DILAKUKAN DAPAT MENJADI PELENGKAP KEPADA AMALAN-AMALAN FARDU YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN.

BERTEPATAN DENGAN HADIS QUDSI :

إنَّ أوَّلَ ما يحاسبُ النَّاسُ بِه يومَ القيامةِ من أعمالِهمُ الصَّلاة قالَ يقولُ ربُّنا جلَّ وعزَّ لملائِكتِه وَهوَ أعلمُ انظروا في

صلاةِ عبدي أتمَّها أم نقصَها فإن كانت تامَّةً كتبت لَه تامَّةً وإن كانَ انتقصَ منها شيئًا قالَ انظُروا هل لعبدي من تطوُّعٍ فإن

كانَ لَه تطوُّعٌ قالَ أتمُّوا لعبدي فريضتَه من تطوُّعِه ثمَّ تؤخذُ الأعمالُ علَى ذاكُم

TERJEMAHAN : “SESUNGGUHNYA AMALAN PERTAMA YANG DIHITUNG BAGI MANUSIA DI HARI KIAMAT IALAH SOLAT. BAGINDA S.A.W BERSABDA, ALLAH S.W.T BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT-NYA SEDANG DIA LEBIH MENGETAHUI: LIHATLAH PADA SOLAT HAMBA-KU INI ADAKAH IA TELAH DISEMPURNAKAN ATAU MASIH ADA KURANG? SEKIRANYA SUDAH SEMPURNA, TULISLAH SEMPURNA. SEKIRANYA MASIH ADA KURANG, FIRMANNYA: LIHATLAH ADAKAH ADA PADA HAMBA-KU ITU AMALAN-AMALAN SUNAT. SEKIRANYA ADA, FIRMANNYA: SEMPURNAKANLAH BAGI HAMBA-KU ITU AMALAN FARDUNYA DENGAN AMALAN SUNATNYA, KEMUDIAN DIKIRA AMALAN-AMALAN DALAM KEADAAN ITU.”

(RIWAYAT AL HAKIM)

5. ALLAH MENJANJIKAN SYURGA BUAT YANG RAJIN BERPUASA

YB USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN TURUT MENJELASKAN GANJARAN SYURGA BUAT UMAT ISLAM YANG RAJIN BERPUASA BAGI MENGEJAR KEREDAAN ALLAH. SEPERTIMANA HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W, TERDAPAT PINTU SYURGA YANG TELAH DIKHUSUSKAN IAITU AR-RAYYAN BUAT HAMBA ALLAH YANG MELAZIMKAN IBADAH PUASA.

مَن أَنفَقَ زوجَينِ في سبيلِ اللهِ، نودِيَ من أبوابِ الجنةِ: يا عبدَ اللهِ هذا خيرٌ، فمَن كان من أهلِ الصلاةِ دُعِيَ من بابِ الصلاةِ،

ومَن كان من أهلِ الجهادِ دُعِيَ من بابِ الجهادِ، ومَن كان من أهلِ الصيامِ دُعِيَ من بابِ الرَّيَّانِ، ومَن كان من أهلِ الصدقةِ

دُعِيَ من بابِ الصدقةِ . قال أبو بكر رضي الله عنه : بأبي انت وأمي يا رسول الله ما على من دعي من تلك الأبواب من

ضرورة ، فهل يدعى أحد من تلك الأبواب كلها؟ قال : نعم وأرجو تكون منهم.

TERJEMAHAN : “SESIAPA YANG MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH, DIA AKAN DIPANGGIL DARIPADA PINTU SYURGA: WAHAI HAMBA ALLAH INI ADALAH KEBAIKAN UNTUKMU. SESIAPA YANG SENTIASA MENDIRIKAN SOLAT, DIPANGGIL DARIPADA PINTU SOLAT. SESIAPA YANG BERJIHAD, DIPANGGIL DARIPADA PINTU JIHAD. SESIAPA YANG BERPUASA, DIPANGGIL DARIPADA PINTU AR-RAYYAN. SESIAPA YANG BERSEDEKAH, DIPANGGIL DARIPADA PINTU SEDEKAH. SAIDINA ABU BAKAR R.A BERKATA: DEMI IBU DAN AYAHKU WAHAI RASULULLAH S.A.W. MEREKA YANG DIPANGGIL DARIPADA PINTU-PINTU TERSEBUT TIDAK LAGI MEMERLUKAN KEPADA APA-APA. APAKAH AKAN ADA SESEORANG YANG DIPANGGIL DARI SEMUA PINTU. JAWAB BAGINDA S.A.W: ADA, AKU MENGHARAPKAN ENGKAU TERMASUK DI KALANGAN MEREKA.”

BULAN SYAWAL JUGA DILIHAT SEBAGAI KAYU UKUR SAMA ADA AMALAN PADA BULAN RAMADAN BERJAYA MEMBERI KESAN PADA HATI DAN PERBUATAN KITA.

SEKIRANYA KITA MASIH MENGEKALKAN RUTIN IBADAH SAMA SEPERTI DALAM BULAN PUASA, BERERTI KITA TELAH BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT SEBENAR BULAN RAMADAN ITU SENDIRI, IAITU SEBAGAI BULAN LATIHAN BAGI UMAT ISLAM DALAM MENGUTAMAKAN IBADAH KEPADA ALLAH BERBANDING PERKARA LAGHA.

OLEH ITU, SEMENTARA KITA PUNYA MASA DAN RUANG SETIAP KEHIDUPAN INI, JANGANLAH KITA MELEPASKAN PELUANG UNTUK MERAIH PAHALA PUASA ENAM YANG HANYA DATANG SETAHUN SEKALI.

PUASA 6 PERLU DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN ATAUPUN BOLEH DIPISAHKAN?

DALAM KITA MELAKSANAKAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL, AKAN WUJUD PERSOALAN MENGENAI ADAKAH PUASA 6 PERLU DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN ATAUPUN BOLEH DIPISAHKAN?

MENERUSI PERKONGSIAN DI LAMAN RASMI FATWA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, ANTARA AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN APABILA TIBANYA SYAWAL ADALAH DENGAN MELAKUKAN IBADAH PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL. IA THABIT DARI PERBUATAN NABI SAW YANG MANA DI DALAM HADIS ADA MENYEBUTKAN MENGENAI KELEBIHAN BERPUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL IAITU BERSAMAAN PAHALANYA DENGAN BERPUASA SEPANJANG TAHUN. INI BERDASARKAN SEBUAH HADITH RIWAYAT MUSLIM DARIPADA ABU AYUB AL-ANSARI RA YANG MANA RASULULLAH SAW TELAH BERSABDA:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

MAKSUDNYA: BARANGSIAPA YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN ENAM HARI DI BULAN SYAWAL, IA BERSAMAAN DENGAN BERPUASA SEPANJANG TAHUN.

RIWAYAT MUSLIM (1164)

AL-IMAM AL-NAWAWI RAHIMAHULLAH KETIKA MENSYARAHKAN HADIS DI ATAS MENYEBUT BAHAWA HADIS INI MENJADI DALIL BAGI MAZHAB SYAFI’E, HANBALI DAN JUGA DAUD (AL-ZAHIRI) BAHAWA DISUNATKAN UNTUK BERPUASA ENAM PADA BULAN SYAWAL MANAKALA FADHILAT SEUMPAMA BERPUASA SEPANJANG TAHUN ADALAH BERDASARKAN HADITH NABI SAW YANG LAIN YANG MANA MENYEBUTKAN BAHAWA SETIAP KEBAIKAN ITU DIBALAS DENGAN 10 KALI GANDA (أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا  )[1].

ADAKAH PUASA 6 PERLU DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN?

SETELAH MENGETAHUI AKAN PENSYARIATAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL BESERTA FADHILATNYA, TIMBUL JUGA PERSOALAN MENGENAI ADAKAH PUASA YANG ENAM ITU PERLU DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN ATAUPUN BOLEH DILAKUKAN SECARA BERASINGAN.

MENGENAI PERSOALAN DI ATAS, AL-IMAM AL-NAWAWI RAHIMAHULLAH DI DALAM AL-MAJMU’ ADA MENYEBUTKAN: “…DAN DISUNATKAN UNTUK BERPUASA SECARA BERTURUTAN DI AWAL SYAWAL. SEKIRANYA DIPISAHKAN (TIDAK BERPUASA 6 HARI SECARA BERTURUTAN) ATAUPUN DIAKHIRKAN PUASA TERSEBUT DI DALAM BULAN SYAWAL, MAKA IANYA DIBOLEHKAN…”[2]

AL-IMAM IBN QUDAMAH DI DALAM KITABNYA AL-MUGHNI MENYEBUTKAN MENGENAI PERMASALAHAN INI SEPERTI BERIKUT: “…TIDAK ADA BEZANYA (MENJADIKAN PUASA TERSEBUT) DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN ATAUPUN DIPISAHKAN SAMAADA DI AWAL SYAWAL ATAUPUN DIAKHIRNYA KERANA HADIS MENYEBUTKANNYA SECARA MUTLAQ TANPA DIKAITKAN DENGAN SESUATU YANG LAIN…”[3]

BERDASARKAN PENDAPAT-PENDAPAT YANG TERDAPAT DI DALAM ISU INI, KAMI KATAKAN BAHAWA ISU INI ADA FLEKSIBILITINYA YANG TERSENDIRI IAITU PUASA 6 BOLEH DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN ATAUPUN DIPISAHKAN. DIAWALKAN ATAUPUN DILEWATKAN SELAGI MANA MASIH BERADA DI DALAM BULAN SYAWAL. IA TIDAK MENJADI MASALAH.

DI DALAM KEMERIAHAN KITA MENYAMBUT SYAWAL, SUDAH PASTI AKAN ADA JEMPUTAN DARI SANAK SAUDARA JUGA RAKAN TAULAN UNTUK MENGHADIRI RUMAH TERBUKA, KENDURI DAN SEBAGAINYA. MAKA IA TIDAK MENJADI MASALAH SERTA PENGHALANG UNTUK MENUNAIKAN PUASA 6 SYAWAL KERANA TERDAPAT FLEKSIBILITI DI DALAM KAIFIAT MENUNAIKANNYA. ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA DAPAT MENGHIMPUNKAN DUA KEBAIKAN DALAM BULAN SYAWAL INI, SATUNYA DENGAN BERPUASA ENAM DAN KEDUANYA DENGAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA.

BERIKUT DISERTAKAN CARA LAFAZ NIAT PUASA 6 UNTUK RUJUKAN BERSAMA:

LAFAZ NIAT PUASA 6

BERIKUT ADALAH NIAT PUASA 6:

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِتَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

MAKSUDNYA: “SAHAJA AKU BERNIAT PUASA ESOK HARI ENAM HARI SYAWAL KERANA ALLAH TA’ALA”

BOLEHKAH NIAT PUASA ENAM DAN PUASA GANTI SECARA SERENTAK?

FIRMAN ALLAH SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! KAMU DIWAJIBKAN BERPUASA SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN ATAS ORANG-ORANG YANG DAHULU DARIPADA KAMU, SUPAYA KAMU BERTAQWA. (SURAH AL-BAQARAH:183)

BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN TANPA ADA SEBARANG KEUZURAN

SESIAPA YANG BERBUKA PUASA PADA BULAN RAMADAN TANPA SEBARANG KEUZURAN WAJIB KE ATASNYA MENQADHAKANNYA SERTA MERTA SELEPAS TAMATNYA RAMADAN DAN SELEPAS SELESAI HARI RAYA YANG PERTAMA. SESEORANG ITU TIDAK BOLEH MENDAHULUKAN PUASA SUNAT ENAM PADA BULAN SYAWAL KEMUDIAN DIEKORI DENGAN PUASA QADHA.

ADAPUN SEKIRANYA DIA TIDAK BERPUASA PADA BULAN RAMADAN KERANA ADA KEUZURAN (YANG DIBENARKAN SYARAK) MAKA HARUS BAGINYA MENDAHULUKAN PUASA ENAM PADA BULAN SYAWAL DARIPADA PUASA QADHA KERANA QADA WAKTU PUASA QADHA ADALAH MUWASSA` (LUAS).

IMAM AS-SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHANI RAHIMAHULLAHU TAALA  MENYEBUT: “ (DAN DEMIKIAN  LAGI) ORANG YANG TIADA PUASA  DENGAN UZUR SUNAT DIA BERPUASA ENAM HARI SUNAT SYAWWAL MELAINKAN ORANG YANG BERBUKA PUASA RAMADAN DENGAN TIADA UZUR MAKA WAJIB KE ATASNYA MENYEGERAKAN MENQADA RAMADHAN KERANA MAKRUH MENGERJAKAN SUNAT ORANG YANG ADA PADANYA QADA RAMADHAN DENGAN TIADA UZUR MAKA WAJIB MENYEGERAKAN QADA DAHULU.” (RUJUK KITAB BUGHYAH AT- TULLAB, HLM. 128)

ISU MENGGABUNGKAN DUA IBADAT DENGAN SATU NIAT

MASALAH INI DIKENALI DI SISI PARA ULAMA SEBAGAI MASALAH TASYRIK (MENGABUNGKAN DUA IBADAT DENGAN MENGGUNAKAN SATU NIAT) HUKUMNYA :

SEKIRANYA IA ADALAH TERMASUK DALAM WASILAH ATAU PERKARA YANG BERCAMPUR MAKA HUKUMNYA SAH. TERHASIL APA YANG DIHAJATINYA DARIPADA KEDUA IBADAT TERSEBUT. MISALNYA, JIKA SESEORANG ITU MANDI JUNUB PADA HARI JUMAAT UNTUK MELAKUKAN JUMAAT DAN JUGA MENGANGKAT JUNUB. SESUNGGUHNYA JUNUBNYA TERANGKAT DAN PAHALA MANDI JUMAAT TERSEBUT PUN TERHASIL. WALAUPUN SALAH SATU DARIPADA DUA IBADAT TERSEBUT TIDAK DINIATKAN MANAKALA YANG LAIN PULA DINIATKAN DENGAN ZATNYA MAKA SAH HIMPUNAN ATAU GABUNGAN TERSEBUT DAN TIDAK MENCEDERAKAN IBADAT TERSEBUT MISALNYA SOLAT TAHIYYAH MASJID DILAKUKAN BERSERTA SOLAT FARDHU ATAU SOLAT SUNAT YANG LAIN.

ADAPUN MENGHIMPUNKAN ATAU GABUNG DI ANTARA DUA IBADAT YANG DINIATKAN DENGAN ZATNYA SEPERTI PUASA QADHA ATAU KAFFARAH, ATAU NAZAR BERSERTA PUASA SUNAT SEPERTI PUASA SUNAT 6 HARI PADA BULAN SYAWAL MAKA TIDAK SAH TASYRIK TERSEBUT MENGIKUT PENDAPAT YANG MUKTAMAD KERANA SETIAP IBADAT ITU BERASINGAN DARIPADA IBADAT LAIN YANG DINIATKAN DENGAN ZATNYA DAN TIDAK PULA BERADA DI BAWAH IBADAH YANG LAIN.

PERSOALANNYA, ADAKAH BERPUASA DENGAN NIAT QADHA BULAN RAMADAN DAN NIAT PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL YANG DIGABUNGKAN SAH KEDUANYA? ATAU SALAH SATU SAHAJA SAH? JIKA DIBUAT SECARA ITHLAQ (UMUM) BERHASIL KEDUANYA ATAU SALAH SATU SAHAJA?

GABUNG NIAT PUASA QADHA RAMADHAN DAN PUASA 6 SYAWAL

FUQAHA DALAM MAZHAB SYAFIE BERSELISIH PENDAPAT TENTANG ISU MENGGABUNGKAN NIAT DI ANTARA PUASA QADA RAMADAN DAN PUASA SUNAT ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL.

SYAIKUL ISLAM ZAKARIA AL-ANSARI RAHIMAHULLAHU TAALA: “JIKA SESEORANG BERPUASA PADA BULAN SYAWAL UNTUK QADHA BAGI PUASA RAMADH=AN, ATAU SELAINNYA SAMA ADA PUASA NAZAR ATAU PUASA SUNAT LAIN MAKA TERHASIL PAHALA SUNATNYA. KERANA TOPIK PERBINCANGANNYA ADALAH TENTANG PUASA PADA 6 HARI DARIPADA BULAN SYAWAL…TETAPI DIA TIDAK AKAN MEMPEROLEHI PAHALA YANG SEMPURNA SEBAGAIMANA YANG DIINGINKANNYA MELAINKAN DENGAN HANYA DIA BERNIAT PUASA KHUSUS UNTUK 6 HARI PADA BULAN SYAWAL SAHAJA. TERUTAMANYA ORANG YANG TELAH LUPUT DARIPADANYA PUASA RAMADHAN KERANA TIDAK SESUAI DIA BERPUASA RAMADHAN DAN SETERUSNYA BERPUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL” (RUJUK KITAB SYARQAWI ‘ALA AL-TAHRIR)

IMAM RAMLI RAHIMAHULLAHU TAALA MENYEBUT BAHAWA DIA PERNAH DITANYA TENTANG PUASA RAMADHAN DAN QADHA  DI BULAN SYAWAL, ADAKAH BERHASIL QADA PUASA RAMADAN DAN PAHALA PUASA 6 HARI PADA BULAN SYAWAL, ADA KE TIDAK DALAM MASALAH INI SEBARANG NUKILAN?

IMAM RAMLI RAHIMAHULLAHU TAALA MENJAWAB: “BAHAWA BERHASIL PUASA QADHA RAMADANNYA WALAUPUN DIA GABUNG NIAT PUASA QADA RAMADANNYA DENGAN PUASA YANG LAIN. DAN BERHASIL PAHALA PUASA 6 HARI PADA BULAN SYAWAL. MASALAH INI DISEBUT OLEH RAMAI ULAMA TERKEMUDIAN (MUTAAKHIRIN).” (RUJUK FATAWA IMAM RAMLI, 2/339)

IMAM IBNU HAJAR AL-HAITAMI RAHIMAHULLAHU TAALA DALAM MENGENAI ORANG YANG BERNIAT PUASA SUNAT BERSAMA PUASA WAJIB: “JIKA DINIATKAN KEDUANYA (PUASA SUNAT DAN PUSAT WAJIB), DIA MENDAPAT GANJARAN BAGI KEDUA-DUANYA ATAU DINIATKAN SALAH SATU MAKA GUGUR TUNTUTAN YANG SATU LAGI DAN TIDAK MENDAPAT GANJARANNYA.” (RUJUK KITAB AL-FATWA AL-KUBRA, 2/75)

SEBAHAGIAN ULAMA MENYEBUT SAH SESEORANG ITU MELAKUKAN QADA PUASA BULAN RAMADAN BERSAMA PUASA SUNAT ENAM SYAWAL DAN TERHASIL PAHALA PUASA SUNAT YANG DILAKUKAN DI DALAM BULAN SYAWAL TERSEBUT. HAL INI  KERANA DIQIYASKAN DENGAN SESEORANG YANG MEMASUKI MASJID KEMUDIAN SOLAT 2 RAKAAT FARDU ATAU SOLAT SUNAT RAWATIB (MENGIRINGI SOLAT FARDU)  MAKA TERHASIL SEKALI BAGINYA PAHALA SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID KERANA IA MELAKUKAN SOLAT BERKENAAN SEBELUM IA DUDUK.

IMAM SULAIMAN AL-BUJAIRIMI RAHIMAHULLAHU TAALA BERKATA: “TERHASIL PAHALA SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DENGAN MELAKUKAN SOLAT FARDHU ATAU SUNAT YANG LAINNYA, SAMA ADA DINIATKAN ATAU TIDAK SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID TERSEBUT. HAL INI BERDASARKAN HADIS YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM : “APABILA MASUK SALAH SEORANG DARI KAMU KE DALAM MASJID HENDAKLAH IA SOLAT DUA RAKAAT SEBELUM IA DUDUK” DAN KERANA ITU JUGA MAKSUD SOLAT SEBELUM DUDUK YANG DISEBUTKAN DALAM HADIS TELAH TERHASIL DENGAN MELAKUKAN SOLAT FARDU ATAU SOLAT SUNAT YANG LAIN. (RUJUK KITAB HASYIAH AL-BUJAIRIMI 1/280)

BEGITU JUGA NAS YANG HAMPIR SERUPA DIKATAKAN SYEIKH ISLAM ZAKARIA AL-ANSORI RAHIMAHULLAHU TAALA: TERHASILNYA SOLAT SUNAT DUA RAKAAT ATAU LEBIH (YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ADALAH HASILNYA PAHALA SOLAT WALAUPUN BERSAMA DENGANNYA SOLAT FARDU ATAU SOLAT SUNAT YANG LAIN) SAMA ADA DINIATKAN SEKALI ATAUPUN TIDAK. IA BERDASARKAN HADIS RIWAYAT IMAM BUKHARI DAN IMAM MUSLIM RAHIMAHUMAHULLAHU TAALA “ APABILA MASUK SESEORANG DARIPADA KAMU KE DALAM MASJID MAKA JANGANLAH IA DUDUK SEHINGGA IA SOLAT DUA RAKAAT”. ” DAN KERANA ITU JUGA MAKSUD SOLAT SEBELUM DUDUK YANG DISEBUTKAN DALAM HADIS TELAH TERHASIL DENGAN MELAKUKAN SOLAT FARDU ATAU SOLAT SUNAT YANG LAIN (RUJUK KITAB FATHUL WAHAB SYARAH MANHAJUL TULLAB 1/67)

IMAM AR-RAMLI RAHIMAHULLAHU TAALA TELAH BERKATA: “DAN SEKIRANYA BERPUASA PADA BULAN SYAWAL, PUASA QADA, NAZAR ATAU SELAIN DARIPADA KEDUANYA ATAU SEUMPAMA DENGANNYA, SEPERTI BERPUASA PADA HARI A^SYURA MAKA TELAH DAPAT PAHALA PUASA SUNAT ITU BAGINYA, SEPERTI YANG TELAH DIFATWAKAN OLEH BAPANYA (BAPA KEPADA IMAM AR-RAMLI), BEGITU JUGA OLEH AL-BARIZI, AL-ASFAHUNI, A—NASYIZI, AL-FAQIH ALI SOLEH AL-HADRAMI DAN SELAINNYA TETAPI IA TIDAKLAH MENDAPAT PAHALA YANG SEMPURNA KE ATAS YANG DITUNTUT.” BEGITULAH SAMA HUKUMNYA PUASA RAMADAN DENGAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL. (RUJUK KITAB NIHAYAH AL-MUHTAAJ, 3/208-209)

IMAM AS-SUYUTI RAHIMAHULLAHU TAALA BERKATA : “SEKIRANYA SESEORANG BERPUASA SUNAT MISALNYA PADA HARI ARAFAH, QADA ATAU NAZAR ATAU KAFARAH, DAN DINIATKAN PUASA-PUASA TERSEBUT BERSAMA DENGAN NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH, MAKA AL-BARIZI TELAH MEMBERI FATWA BAHAWA SAH PUASA DAN TERHASIL PAHALA UNTUK KEDUA-DUANYA. BEGITU JUGA HALNYA JIKA DIA ITHLAQKAN (SAHAJA AKU BERPUASA) MAKA MASALAH TERSEBUT MENGIKUT MASALAH SOLAT TAHIYYAH MASJID.  ” (RUJUK KITAB ASHBAH WAN NAZOIR, HLM. 61)

DALAM SYARAH AL-TANBIH KARANGAN AL-HAFIZ AL-SUYUTI RAHIMAHULLAHU TAALA, DARIPADA FATAWA AL-BAARIZI RAHIMAHULLAHU TAALA, BELIAU MENGATAKAN : SEKIRANYA SESEORANG BERPUASA SUNAT MISALNYA PADA HARI ARAFAH, QADA ATAU NAZAR ATAU KAFARAH, DAN DINIATKAN PUASA-PUASA TERSEBUT BERSAMA DENGAN NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH TERHASIH KEDUANYA (SAH KEDUANYA), BEGITU JUGA JIKA DIA ITHLAQKAN (SAHAJA AKU BERPUASA). TETAPI AL-ISNAWI MENYEBUT PERKARA INI TERTOLAK DAN QIYAS YANG DILAKUKAN TIDAK SAH DALAM MENGGAMBARKAN PERKONGSIAN SATU DARIPADA KEDUANYA. DISISINYA APA YANG TERHASIL ADALAH YANG FARDHU SAHAJA DALAM GAMBARAN ITHLAQ”

WALAUPUN BEGITU, PERLULAH DIAMBIL PERHATIAN, MAKSUD TERHASILNYA PAHALA PUASA SUNAT ENAM SYAWAL APABILA DIMASUKKAN SEKALI DENGAN PUASA FARDHU ADALAH PAHALA SEMATA-MATA PAHALA SUNAT BUKANNYA PAHALA YANG SEMPURNA

KESIMPULANNYA, MENGIKUT PENDAPAT YANG MUKTAMAD, AFDHAL SESEORANG ITU MENJADIKAN PUASA QADA BERASINGAN DENGAN PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL. NAMUN BEGITU, MENYATUKAN PUASA QADA DENGAN PUASA ENAM ITU TETAP DIHARUSKAN DAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA KEDUA-DUANYA MENGIKUT PENDAPAT YANG DHAIF. NAMUN BEGITU, MENYEGERAKAN QADA PUASA ITU ADALAH SIKAP YANG TERPUJI DAN DITUNTUT OLEH SYARAK TERUTAMA KEPADA SESIAPA YANG MENINGGALKAN PUASA TANPA UZUR YANG DIBENARKAN SYARAK. SEMOGA KITA TERMASUK BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BERTAQWA.

NIAT GABUNG PUASA 6 DAN PUASA GANTI (QADA)

CARA LAFAZ NIAT BAGI PUASA GANTI (WAJIB) DAN PUASA 6 YANG DIGABUNGKAN:

“SAHAJA AKU BERNIAT PUASA ESOK HARI QADA FARDU RAMADAN BERSAMA PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL KERANA ALLAH TAALA.”

SUMBER RUJUKAN:

HTTP://MYHADITH.ISLAM.GOV.MY/INDEX.PHP/BM/SEMUA-MUTIARA-HADITH/996-PUASA-SUNAT-6-SYAWAL

HTTP://ISLAM.GOV.MY/IMAGES/EPENERBITAN/PANDUAN_AMALAN_DI_BULAN_RAMADHAN.PDF

HTTPS://HARAKAHDAILY.NET/INDEX.PHP/2020/05/28/PUASA-ENAM-DAN-KELEBIHANNYA/

HTTPS://MUFTIWP.GOV.MY/ARTIKEL/IRSYAD-FATWA/IRSYAD-FATWA-UMUM/1327-IRSYAD-AL-FATWA-KE-120-ADAKAH-PUASA-6-DI-BULAN-SYAWAL-PERLU-DILAKUKAN-SECARA-BERTURUTAN-ATAUPUN-BOLEH-DIPISAHKAN

HTTPS://MUFTIWP.GOV.MY/ARTIKEL/AL-KAFI-LI-AL-FATAWI/3458-AL-KAFI-1275-BOLEHKAH-NIAT-PUASA-ENAM-DAN-PUASA-GANTI-SECARA-SERENTAK

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1666075260jpeg

PELAJAR MAAHAD IMTIYAZ STAM TERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK 2021

 

 

 

IPOH , 14 OKTOBER 2022 - SAUDARA MOHAMMAD EZZAD FAHMI BIN ISMAIL TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PELAJAR TERBAIK SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021.

ANUGERAH TERSEBUT TELAH DISAMPAIKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFURLAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1444H/2022M.

SAUDARA MOHAMMAD EZZAD FAHMI BIN ISMAIL MERUPAKAN BEKAS PELAJAR STAM MAAHAD IMTIYAZ 2021. 

 

 

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1636600769.jpg

SEJARAH PENUBUHAN AKADEMI IKATAN MUSLIMIN

       

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1630471863.jpg

MALAYAN UNION PERISTIWA HITAM NEGARA

        PELBAGAI MASALAH YANG TERCETUS DALAM MASYARAKAT KITA HARI INI, ANTARANYA KERANA GAGAL MENYELUSURI DAN MEMAHAMI SEJARAH. ADA YANG MEMPERTIKAIKAN INSTITUSI RAJA DAN MEMBANGKITKAN HAK ORANG MELAYU. MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA LALU, JELAS KEPADA KITA BAHAWA KEKUATAN SESUATU BANGSA DAN NEGARA TERLETAK KEPADA KEKUKUHAN JATI DIRI SETIAP WARGANYA, KEWIBAWAAN PEMIMPIN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA. MALAH PENGORBANAN PEMIMPIN TERDAHULU DALAM MEMERDEKAAN DAN MEMBANGUNKAN NEGARA INI WAJAR DIHARGAI DAN DIJADIKAN TELADAN OLEH SEMUA.

        RAJA-RAJA MELAYU PULA BERPERANAN SEBAGAI PENAUNG DAN TONGGAK PERPADUAN BAGI SEMUA RAKYAT TIDAK MENGIRA KAUM, BANGSA DAN AGAMA YANG DIANUTI. DALAM SEKIAN LAMA MEMPERTAHANKAN HAK DAN KEDAULATAN ORANG-ORANG MELAYU, RAJA-RAJA MELAYU TIDAK SEKALI-KALI MENGENEPIKAN HAK KAUM LAIN. SEBAGAI RAKYAT KITA PERLU MELETAKKAN KESETIAAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI TERHADAP RAJA KITA. OLEH ITU MARILAH KITA HAYATI PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA MALAYAN UNION.

        SETELAH TAMAT PERANG DUNIA KEDUA, BRITISH TELAH MENTADBIR SEMULA TANAH MELAYU MELALUI PENTADBIRAN TENTERA. DALAM PADA ITU, KERAJAAN BRITISH TELAH BERSEDIA DENGAN SATU SISTEM PENTADBIRAN SIVIL YANG MENGEJUTKAN SELURUH RAKYAT TANAH MELAYU IAITU MALAYAN UNION. PENTADBIRAN MALAYAN UNION (1.4.1946-1948), SECARA UMUMNYA TELAH MENUKAR TARAF KEDUDUKAN TANAH MELAYU SEBAGAI SEBUAH NEGERI NAUNGAN KEPADA NEGERI JAJAHAN BRITISH. KUASA PENTADBIRAN TANAH MELAYU TERLETAK SEPENUHNYA KEPADA GABENOR BRITISH. INI MENYEBABKAN RAJA-RAJA MELAYU BUKAN SAHAJA KEHILANGAN KUASA MELINDUNGI RAKYAT NEGERINYA MALAH TURUT KEHILANGAN KUASA MEMERINTAH NEGERI MASING-MASING. SEBALIKNYA BIDANG KUASA BAGINDA HANYA DIHADKAN KEPADA HAL-HAL BERKAITAN ADAT RESAM DAN AGAMA ISLAM SAHAJA. MALAYAN UNION JUGA MEMPERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG BARU YANG MEMBERIKAN KEWARGANEGARAAN KEPADA SEMUA ORANG YANG LAHIR DAN SINGAPURA TANPA MENGIRA BANGSA TERMASUK JUGA PENDATANG YANG TELAH TINGGAL MELEBIHI 10 TAHUN. WARGANEGARA MALAYAN UNION JUGA AKAN MEMPEROLEH HAK-HAK YANG SAMA TERMASUK PENERIMAAN MASUK KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

        KUASA RAJA-RAJA MELAYU DAN PERSOALAN KERAKYATAN DI BAWAH MALAYAN UNION INI TELAH MEMBANGKITKAN KEMARAHAN SELURUH ORANG MELAYU. PERASAAN TIDAK PUAS HATI INI MULA TERSEBAR LUAS. SUARA-SUARA KRITIKAN DILUAHKAN DALAM AKHBAR-AKHBAR UTUSAN MELAYU, MAJLIS DAN JUGA WARTA NEGARA. PARA CENDEKIAWAN DAN PEMIKIR MENYUARAKAN KERESAHAN DAN MELONTARKAN IDEA BAGI MEMBANGKITKAN SEMANGAT AGAR ORANG MELAYU BERSATU DALAM MENGGALAS MASALAH YANG DIHADAPI SECARA LEBIH TELUS DAN BERSEPADU. SITUASI INI AKHIRNYA TELAH MENCETUSKAN SATU GELOMBANG BERSEPADU ANTARA SUARA RAKYAT DAN PEMERINTAH DALAM MENENTANG DASAR MALAYAN UNION. KEMUNCULAN MALAYAN UNION MENYUNTIK KESEDARAN ORANG MELAYU BAHAWA PERJUANGAN BESAR UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA TIDAK MUNGKIN TERCAPAI DENGAN SUARA MINORITI.

        MENYEDARI HAKIKAT INI, SATU KONGRES YANG MENGHIMPUNKAN 41 BUAH PERSATUAN MELAYU SELURUH NEGARA DIADAKAN DI KELAB SULTAN SULAIMAN, SELANGOR PADA 1 HINGGA 4 MAC 1946. KONGRES INI DIDOKONG DAN DIGERAKKAN OLEH ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZAABA), PENGERUSI PERSEKUTUAN MELAYU SELANGOR, DATO ONN JAAFAR, YANG DIPERTUA PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG DAN DATO PANGLIMA BUKIT GANTANG, YANG DIPERTUA IKATAN MELAYU PERAK, BERSAMA-SAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PERTUBUHAN MELAYU YANG LAIN DI SELURUH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. KONGRES MELAYU YANG PERTAMA INI TELAH DIRASMIKAN OLEH DYMM SULTAN SELANGOR IAITU ALMARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH ALHAJ. DALAM UCAPAN PERASMIANNYA, BAGINDA SULTAN AMAT MENYOKONG PENUH PENUBUHAN SEBUAH PERSATUAN UMAT MELAYU YANG KUAT DI TANAH MELAYU BAGI MENJAMIN KEPENTINGAN DAN HAK ORANG MELAYU SERTA NEGARA TERUS TERPELIHARA.

        KONGRES YANG BERLANGSUNG SELAMA EMPAT HARI TERSEBUT TELAH MEMBUAT TIGA KETETAPAN UTAMA IAITU, PENUBUHAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PEKEMBAR), MEMBANTAH PENUBUHAN MALAYAN UNION DAN MENGADAKAN DERMA PELAJARAN KEBANGSAAN MELAYU. DENGAN KETETAPAN TERSEBUT, AKHIRNYA UMNO SECARA RASMINYA DIISYTIHARKAN PENUBUHANNYA PADA 11 MEI 1946 DI ISTANA BESAR JOHOR. COGANKATA "HIDUP MELAYU" MENDASARI PERJUANGAN UMNO PADA KETIKA ITU YANG DIPIMPIN OLEH DATO' ONN JAAFAR. APABILA TUNKU ABDUL RAHMAN MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN UMNO, COGANKATA "HIDUP MELAYU" DITUKAR KEPADA "MERDEKA". BERLANDASKAN COGANKATA INI, PERJUANGAN UMNO DIPERHEBATKAN SEHINGGA NEGARA BERJAYA BEROLEH KEMERDEKAAN. KEJAYAAN TERSEBUT ADALAH HASIL PERMUAFAKATAN DAN SOKONGAN PADU SELURUH RAKYAT KEPADA PEMIMPIN DAN RAJA-RAJA MELAYU.RAKYAT MULAI SEDAR, KITA TIDAK BOLEH SELAMANYA BERADA DI BAWAH TELUNJUK PENJAJAH. FENOMENA INI MERUPAKAN SATU KEJUTAN BESAR KEPADA PIHAK BRITISH YANG SENTIASA BERANGGAPAN BAHAWA ORANG-ORANG MELAYU ADALAH BANGSA YANG LEMAH DAN PASIF DALAM MENGENDALIKAN KEPERLUAN SERTA KEPENTINGAN MASYARAKAT MEREKA SENDIRI.

        RENTETAN PERISTIWA SEJARAH NEGARA INI AMAT PENTING DIFAHAMI DAN DIHAYATI OLEH SEMUA RAKYAT NEGARA INI, TANPA MENGIRA LAPISAN MASYARAKAT DAN BATAS KAUM. MALAYAN UNION WALAUPUN SINGKAT USIANYA, MENINGGALKAN IMPAK YANG AMAT HEBAT DAN IA MERUPAKAN SATU PENGAJARAN YANG AMAT BERHARGA BUAT KITA SEMUA SEBAGAI GENERASI PEWARIS. SATU PERKARA MENARIK YANG PERLU DIKETAHUI UMUM, KEGAGALAN PELAKSANAAN MALAYAN UNION DI TANAH MELAYU TIDAK LANGSUNG BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN BALA TENTERA ATAU JUMLAH SENJATA YANG DIGUNAKAN.

        TIDAK JUGA MELALUI SEBARANG PERTEMPURAN ATAU KEGANASAN. SEBALIKNYA, PENENTANGAN YANG DIAJUKAN ADALAH MELALUI PERGABUNGAN KUAT SUARA RAKYAT SERTA PEMIMPIN YANG DIPAYUNGI RAJA-RAJA MELAYU. PENYATUAN SUARA INI JUGA AMAT UNIK SEHINGGA DAPAT MERUNGKAI SEGALA PERCATURAN DAN RANCANGAN RAPI YANG DISUSUN OLEH PIHAK BRITISH.

        JALINAN ERAT KERJASAMA ANTARA RAKYAT, PEMIMPIN DAN RAJA IBARAT SELIRAT AKAR DI UMBI. TEGUH AKAR DAN UMBI, MAKA TEGUHLAH POKOKNYA.CETUSAN SEMANGAT DAN INSPIRASI DARI MALAYAN UNION PERLU DIAMBIL DAN DISEMAT SENTIASA DALAM JIWA SETIAP RAKYAT KETIKA MENGHARUNGI APA JUA KEMELUT DAN KEADAAN. KETELUSAN, KEBIJAKSANAAN DAN KEWIBAWAAN PEMIMPIN PULA AKAN MEMBAWA RAKYAT DAN NEGARA KE ARAH KEMAJUAN YANG SEIMBANG, KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN.

        HAKIKAT YANG PERLU KITA FAHAMI IALAH INSTITUSI RAJA YANG DIWARISI SECARA TRADISI SEJAK DARI DAHULU INI SESUNGGUHNYA AMAT PENTING BUAT KITA SEMUA DAN WAJAR UNTUK IA DIPERTAHANKAN BERSAMA. JIKA HILANG TRADISI INI, MAKA HILANGLAH TONGGAK WARISAN NEGARA. DAN HILANGNYA JUGA TIDAK AKAN BERGANTI LAGI.

 

 SUMBER ARKIB NEGARA

 

 

LAGI
https://my03.awfatech.com/aim/content/news/newsf1_AIM098_1629339804.jpg

KELEBIHAN DAN FADHILAT 10 MUHARRAM

TERDAPAT BANYAK KELEBIHAN DAN FADHILAT PADA 10 MUHARRAM BERDASARKAN NAS DAN HADIS YANG SAHIH. KAMI MENDAPATI BAHAWA 10 MUHARRAM CUKUP ISTIMEWA DAN INGIN KAMI KONGSIKANNYA KEPADA PARA PEMBACA AGAR SAMA-SAMA BEROLEH MANFAAT. ANTARA KELEBIHAN DAN FADHILAT 10 MUHARRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

PERTAMA: HARI YANG DICARI FADHILATNYA

 

KATA IBN ABBAS R.ANHUMA APABILA DITANYAKAN MENGENAI PUASA ‘ASYURA, BELIAU BERKATA :

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 

MAKSUDNYA : AKU TIDAK PERNAH MELIHAT RASULULLAH SAW MENGEJAR SATU HARI YANG FADHILATNYA LEBIH BERBANDING HARI HARI YANG LAIN MELAINKAN HARI INI - IAITU HARI ‘ASYURA –

RIWAYAT AL-BUKHARI (2006)

 

KATA AL-HAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI RAHIMAHULLAH: INI MENUNJUKKAN BAHAWA PUASA ‘ASYURA LEBIH AFDHAL BERBANDING HARI HARI LAIN UNTUK BERPUASA SELEPAS RAMADHAN. ZAHIR HADIS MUSLIM PULA MENUNJUKKAN BAHAWA PUASA PADA HARI ‘ARAFAH LEBIH AFDHAL BERBANDING PUASA PADA HARI ‘ASYURA. DIKATAKAN HIKMAHNYA ADALAH KERANA PUASA ‘ASYURA DINISBAHKAN KEPADA MUSA AS MANAKALA PUASA ‘ARAFAH PULA DINISBAHKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW. OLEH YANG DEMIKIAN, PUASA ‘ARAFAH LEBIH AFDHAL. [FATH AL-BARI. DAR AL-SALAM, 4/315]

 

KEDUA: HARI NABI MUSA AS DISELAMATKAN MANAKALA FIRAUN DAN PENGIKUTNYA DITENGGELAMKAN

 

DI DALAM AL-SAHIHAIN DARI IBN ABBAS R.ANHUMA BELIAU BERKATA:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا، يَعْنِي عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، وَهْوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى، وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ، فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ‏.‏

 

MAKSUDNYA : RASULULLAH SAW TIBA KE MADINAH DAN BAGINDA DAPATI GOLONGAN YAHUDI  BERPUASA PADA HARI ASYURA. KATA MEREKA : INI ADALAH HARI YANG MULIA YANG MANA ALLAH SELAMATKAN MUSA DAN KAUMNYA PADA HARI INI. HARI INI JUGA ALLAH MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN KAUMNYA. LALU MUSA BERPUASA PADA HARI INI SEBAGAI TANDA KESYUKURAN. KATA RASULULLAH SAW : AKU LEBIH UTAMA KE ATAS MUSA BERBANDING MEREKA. MAKA BAGINDA PUN BERPUASA DAN MEMERINTAHKAN UNTUK BERPUASA PADA HARI TERSEBUT.

 

RIWAYAT AL-BUKHARI (3397), MUSLIM (3/149-150)

 

KATA AL-IMAM AL-MAZIRI: PERKHABARAN GOLONGAN YAHUDI TIDAK DITERIMA. ADA KEMUNGKINAN BAHAWA NABI SAW DIWAHYUKAN KEPADANYA AKAN KEBENARAN MEREKA TERHADAP APA YANG MEREKA UCAPKAN ATAU TELAH MUTAWATIR PERKHABARAN TERSEBUT SEHINGGA BAGINDA MENGETAHUINYA. INILAH PENDAPAT YANG TERPILIH DI SISI AL-IMAM AL-NAWAWI RAHIMAHULLAH. [AL-NAWAWI. SYARAH SAHIH MUSLIM,  7/204]

 

KETIGA: DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LALU

 

DARI ABU QATADAH : SEORANG LELAKI BERTANYA KEPADA RASULULLAH SAW TENTANG PUASA ‘ASYURA, MAKA KATA BAGINDA SAW :

 أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

MAKSUDNYA : AKU BERHARAP KE ATAS ALLAH AGAR IA DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG BERLALU.

RIWAYAT MUSLIM (1162)

 

KATA ABDUL WAHHAB BIN AL-KHAFFAF DI DALAM KITAB AL-SIYAM: TELAH BERKATA QATADAH: DIKATAKAN BAHAWA PUASA ‘ASYURA ADALAH KAFFARAH (PENGAMPUN DOSA) BAGI LELAKI YANG MENGABAIKAN ZAKAT HARTANYA. [LATHAIF AL MA’ARIF. AL-MAKTAB AL ISLAMI, HLM.101]

 

DICERITAKAN DARI FATH BIN SYAKHRAF BELIAU BERKATA : AKU MEMECAH-MECAHKAN ROTI SETIAP HARI UNTUK MEMBERI MAKAN KEPADA SEMUT. APABILA TIBANYA HARI ‘ASYURA, MEREKA TIDAK MEMAKANNYA.

 

DIRIWAYATKAN JUGA OLEH AL-QADIR BILLAH AL-KHALIFAH AL-ABBASI BAHAWA PERKARA TERSEBUT TURUT BERLAKU KEPADA DIRINYA DAN BELIAU BERASA PELIK. LALU BELIAU BERTANYA KEPADA SYEIKH ABU AL-HASAN AL-QAZWINI LALU SYEIKH ITU BERKATA: HARI ‘ASYURA INI TURUT BERPUASA PADANYA SEMUT. DIKATAKAN, SEMUT JUGA TURUT BERPUASA PADA HARI ‘ASYURA.[1] [LATHAIF AL MA’ARIF. AL-MAKTAB AL ISLAMI, HLM.100]

 

ADAPUN MENJADIKAN HARI INI SEBAGAI HARI BERSEDIH SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH GOLONGAN RAFIDHAH ATAS KEMATIAN AL-HUSAIN BIN ‘ALI RA, MAKA KATA AL-HAFIZ IBN RAJAB AL-HANBALI :

 

AMALAN BERSEDIH INI ADALAH AMALAN GOLONGAN YANG TERSILAP DALAM AMALANNYA DAN DIA MENYANGKA BAHAWA DIA SEDANG MELAKUKAN AMALAN YANG TERBAIK. ALLAH DAN RASULNYA SAW TIDAK PERNAH MEMERINTAHKAN UNTUK KITA MENJADIKAN HARI HARI MUSIBAH DAN KEMATIAN PARA NABI SEBAGAI HARI UNTUK BERSEDIH. BAGAIMANA PULA BERSEDIH UNTUK ORANG YANG BERADA DI BAWAH MEREKA (DARI SUDUT DARJAT)?

[LATHAIF AL MA’ARIF. AL-MAKTAB AL ISLAMI, HLM.103]

 

KEEMPAT: HARI DITERIMANYA TAUBAT ADAM AS

 

DISEBUT DI DALAM KITAB AL-DURR AL-MANTHUR KARYA AL-IMAM AL-SUYUTHI SEBUAH RIWAYAT DARI ABDUL WAHHAB AL-KHAFFAF, DARI SA’ID, DARI QATADAH BELIAU BERKATA :

KAMI BERBINCANG BAHAWA HARI YANG ALLAH MENERIMA TAUBAT ADAM PADANYA ADALAH PADA HARI ‘ASYURA. DAN ADAM DITURUNKAN KE DUNIA JUGA ADALAH PADA HARI ‘ASYURA.

 

[AL-DURR AL-MANTHUR. DAR AL-FIKR, 1/146]

 

 

TERDAPAT BEBERAPA FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI MENGENAI PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM. ANTARANYA:

 

PERTAMA: PEMBUNUHAN AL-HUSAYN RA

 

TRAGEDI MENYAYAT HATI INI BENAR-BENAR BERLAKU DALAM KALENDAR ISLAM SEPERTIMANA YANG TELAH DIKHABARKAN OLEH PARA ULAMA’. AL-IMAM AL-ZAHABI (WAFAT 748H) RAHIMAHULLAH DI DALAM KITABNYA AL-SIYAR: “TERBUNUH PADA HARI ‘ASYURA TAHUN 61 HIJRAH”. [SIYAR A’LAM AL-NUBALA’. 1985. MUASSASAH AL-RISALAH, 3/318]

 

BEGITU JUGA TELAH BERKATA IBN TAIMIYAH (WAFAT 728H): “ DAN AL-HUSAYN SEMOGA ALLAH MEREDHAINYA DAN MELAKNAT SIAPA YANG MEMBUNUHNYA TERBUNUH PADA HARI ‘ASYURA, TAHUN 61 HIJRAH.” [MAJMU’ AL-FATAWA. 1995. MAJMA’ AL-MALIK FAHD LI TIBA’AH AL-MASHAF AL-SYARIF, 4/505]

 

KITA SEBAGAI AHLI SUNNAH WA AL-JAMA’AH PASTI MERASA SEDIH DENGAN MUSIBAH YANG MELANDA UMAT ISLAM INI YANG MANA DENGANNYA JUGA TELAH TERBUKA PINTU-PINTU FITNAH YANG LEBIH BESAR BUAT UMAT ISLAM. NAMUN, KESEDIHAN KITA INI PERLULAH DIDASARI DENGAN AQIDAH YANG BENAR AGAR KESEDIHAN INI TIDAK MELETAKKAN KITA KE DALAM KANCAH KESESATAN.  

KEDUA: KISAH NABI NUH AS & BUBUR ‘ASYURA

 

10 MUHARRAM JUGA TIDAK TERLEPAS DALAM MEMPERKATAKAN TENTANG BUBUR ‘ASYURA YANG MANA KISAHNYA ITU DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA NABI NUH AS SELEPAS DISELAMATKAN DARI BANJIR BESAR.

 

APA YANG INGIN KAMI BINCANGKAN DI SINI ADALAH KEABSAHAN DAN KESAHIHAN KISAH TERSEBUT DAN BUKANLAH BUBUR ‘ASYURA ITU SENDIRI. ADAKAH BENAR KISAH ITU DISANDARKAN KEPADA NABI NUH AS?

 

KITA DAPATI BAHAWA KISAH INI ADA DISEBUTKAN DI DALAM KITAB SEMISAL NIHAYAH AL-ZAIN KARANGAN SYEIKH NAWAWI AL-BANTANI, ADA DI DALAM KITAB NUZHATIL MAJALIS KARANGAN SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-USHFURI SERTA ADA DI DALAM KITAB JAM’UL FAWAID OLEH SYEIKH DAUD AL-FATHONI. DIDALAMNYA MENYEBUT BILA MANA KAPAL NABI NUH A.S BERLABUH DI BUKIT JUUDIY PADA HARI ‘ASYURA, BERKATA NABI NUH AS KEPADA UMATNYA:

 

“HIMPUNKAN APA YANG KAMU MILIKI DARIPADA MAKANAN YANG LEBIH-LEBIH”. MAKA, DIBAWALAH SATU GENGGAM DARIPADA KACANG BAQILA’ IAITU KACANG FUL DAN SATU GENGGAM KACANG ADAS, BA’RUZ DAN HINTHOH DAN TEPUNG SEHINGGA MENJADI TUJUH BAGAI BIJI-BIJIAN YANG DIMASAK. MAKA BERKATALAH NABI NUH A.S: “MASAKLAH SEKELIANNYA KERANA KAMU SUDAH MENDAPAT KESENANGAN SEKARANG”.

 

KOMENTAR

KISAH SEPERTI INI AMAT PERLU KEPADA KAJIAN YANG MENDALAM AGAR KESAHIHANNYA DAPAT DIBUKTIKAN. SETAKAT INI KAMI TIDAK MENJUMPAI LAGI SEBARANG PETUNJUK DALAM BENTUK HADIS ATAUPUN ATHAR MENGENAI KISAH INI. JIKA ADA PARA ILMUAN YANG DAPAT TAHU, BANTUAN KALIAN AMAT KAMI HARGAI DAN KAMI AKAN KEMUKAKAN PENDAPAT YANG LAIN JIKA THABIT KISAHNYA. NAMUN TERDAPAT SARJANA-SARJANA ISLAM YANG MENILAI KISAH INI SEBAGAI PALSU.

 

BUKANLAH BERMAKSUD DENGAN KETIADAAN DALIL YANG THABIT MENGHALANG ORANG UNTUK MEMASAK BUBUR TERSEBUT BAHKAN MEMASAK APA SEKALIPUN ADALAH HARUS  SELAGI MANA IANYA HALAL DAN BAIK. CUMA DI SINI PERLULAH BERHATI-HATI AGAR TIDAK MENGAITKANNYA DENGAN NABI NUH AS SECARA JAZAM (PASTI) SETERUSNYA MENGANGGAP IANYA ADALAH SUNNAH PARA NABI AS YANG PERLU DILAKUKAN SETIAP TAHUN PADA 10 MUHARRAM. ADAPUN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG LAIN ADALAH AMALAN YANG MULIA DAN LEBIH MULIA LAGI BAGI MEREKA YANG MENYEDIAKAN MAKANAN BERBUKA UNTUK MEREKA YANG BERPUASA. APATAH LAGI KEPADA ORANG-ORANG FAKIR, MISKIN DAN JUGA YANG AMAT MEMERLUKAN. INI BERDASARKAN FIRMAN ALLAH SWT:

 

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨ إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا ٩  إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسٗا قَمۡطَرِيرٗا ١٠

MAKSUDNYA: MEREKA JUGA MEMBERI MAKAN BENDA-BENDA MAKANAN YANG DIHAJATI DAN DISUKAINYA, KEPADA ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM SERTA ORANG TAWANAN, 
[9](SAMBIL BERKATA DENGAN LIDAH ATAU DENGAN HATI): "SESUNGGUHNYA KAMI MEMBERI MAKAN KEPADA KAMU KERANA ALLAH SEMATA-MATA; KAMI TIDAK BERKEHENDAKKAN SEBARANG BALASAN DARI KAMU ATAU UCAPAN TERIMA KASIH, 
[10]"KAMI SEBENARNYA TAKUTKAN TUHAN KAMI, TAKUT IA KENAKAN KAMI AZAB HARI YANG PADANYA MUKA ORANG-ORANG YANG BERSALAH: MASAM BERKERUT-KERUT". 

(AL-INSAAN: 8-10)

 

SEMOGA DENGAN PENCERAHAN INI, KITA SEMUA SENTIASA BERADA DI ATAS DALIL DAN ASAS SESUATU YANG KUAT DAN SAHIH. SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA YANG BERPUASA PADA HARI ‘ASYURA.

 

AKHUKUM FILLAH,

 S.S. DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

LAGI

Page 2 of 2