HORMATI GURU, RESEPI KEJAYAAN PELAJAR MAAHAD IMTIYAZ PEROLEH KEPUTUSAN SEMUA A SPM

OLEH LATIFAH HASHIM

IPOH, 6 MAC – AMIRUL AIMAN BIN ZABIDIN YANG BERJAYA MEMPEROLEHI KEPUTUSAN 8 A DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019 SEMALAM MENYATAKAN BAHAWA ANTARA PERKARA YANG SENTIASA DIAMALKAN UNTUK BERJAYA ADALAH MENGHORMATI GURU DI DALAM MAHUPUN DI LUAR KELAS.

“APA YANG PALING PENTING BAGI SAYA IALAH MENJAGA ADAB DENGAN GURU. SELAIN ITU, BANYAKKAN MEMBUAT LATIHAN SOALAN PEPERIKSAAN TAHUN LEPAS DAN MEMOHON DOA DAN REDHA DARI IBU DAN AYAH”, KATA AMIRUL AIMAN DALAM SESI TEMU BUAL MELALUI APLIKASI WHATSAPP.

TURUT MELAHIRKAN RASA SYUKUR, AMIRUL AIMAN YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG HAFIZ AL-QURAN AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENYOKONGNYA SELAMA INI.

“TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU ATAS TUNJUK AJAR YANG DIBERIKAN SERTA TIDAK PERNAH JEMU MENDIDIK KAMI. KEJAYAAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN ADALAH BERKAT DOA DAN KESABARAN GURU-GURU MAAHAD IMTIYAZ ”.

“SAYA DENGAN INI MEWAKILI RAKAN-RAKAN YANG LAIN MEMOHON AGAR GURU-GURU MENGHALALKAN SEGALA ILMU YANG TELAH DIBERI DAN TIDAK PUTUS MENDOAKAN KEJAYAAN KAMI DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT” TAMBAHNYA LAGI.

DALAM PADA ITU, PENGETUA SEKOLAH TERSEBUT, USTAZ HAIDAR MAHMUD BERKATA KEJAYAAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH INI ADALAH BERKAT USAHA DAN PENGORBANAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI DARIPADA PARA PENDIDIK, IBU BAPA SERTA PARA PELAJAR SENDIRI.

“ALHAMDULILLAH MAAHAD IMTIYAZ BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG AMAT BAIK DALAM SPM 2019. INI MERUPAKAN KALI PERTAMA CALON DI SEKOLAH INI MENDAPAT KEPUTUSAN SEMUA A DALAM PEPERIKSAAN SPM”.

“SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH AGAMA, DENGAN SISTEM PENDIDIKAN YANG ADA DI MAAHAD IMTIYAZ TERNYATA TELAH BERJAYA MELAHIRKAN PELAJAR YANG BUKAN SAHAJA CEMERLANG DALAM SAHSIAH DAN PERIBADI, MALAH TURUT BERJAYA MEMBUKTIKAN KECEMERLANGAN DALAM AKADEMIK’, UJARNYA.

DARIPADA 16 ORANG CALON SPM PADA TAHUN LALU, SEORANG TELAH BERJAYA MEMPEROLEH 8 A, DUA ORANG 7 A, DUA ORANG 6 A, DAN SEORANG 5 A. KEPUTUSAN INI MERUPAKAN ANTARA YANG TERBAIK DALAM SEJARAH SEKOLAH INI KERANA ADANYA CALON YANG MENDAPAT KEPUTUSAN A DALAM SEMUA MATA PELAJARAN YANG DIAMBILNYA.

MAAHAD IMTIYAZ TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 2012 DAN BERPUSAT DI KAMPUNG SUNGAI RAPAT, IPOH SEBELUM BERPINDAH KE BANGUNAN BAHARU DI ULU KUANG, CHEMOR PADA AWAL TAHUN 2018. MAAHAD IMTIYAZ YANG MERUPAKAN SEBUAH SEKOLAH DI BAWAH NAUNGAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) CAWANGAN IPOH MEMPUNYAI SERAMAI 17 ORANG GURU TERMASUK GURU AKADEMIK DAN GURU TAHFIZ.

LAGI

TBC AKADEMI IKATAN MUSLIMIN BERJAYA PUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

OLEH : LATIFAH HASHIM

GOPENG, 24 FEBRUARI – AKADEMI IKATAN MUSLIMIN TELAH BERJAYA MEMUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN MELALUI PROGRAM TEAM BUILDING COURSE (TBC).

PROGRAM TBC YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 22 FEBRUARI DI LAMAN MASYA, GOPENG PERAK TELAH DISERTAI OLEH KAKITANGAN AKADEMI IKATAN MUSLIMIN YANG MELIBATKAN SEMUA INSTITUSI AIM IAITU MAAHAD IMTIYAZ, SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ DAN TADIKA DAN EDUCARE IMTIYAZ.

“ALHAMDULILLAH, TBC TELAH BERJAYA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA. SEMOGA TBC KALI INI MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA PARA KAKITANGAN AIM SUPAYA TERUS BERSEMANGAT DALAM MENJALANKAN TUGASAN TERUTAMANYA APABILA PERLU BEKERJA DALAM SATU PASUKAN” KOMEN USTAZ ZOLKIFLI BIN ISMAIL YANG JUGA MERUPAKAN PENGURUS SUMBER MANUSIA AKADEMI IKATAN MUSLIMIN.

KAKITANGAN AIM TELAH MENJALANKAN BEBERAPA AKTIVITI OUTDOOR SECARA BERKUMPULAN SEMASA PROGRAM TBC INI ANTARANYA IALAH MENGHASILKAN RAKIT DARI PELAMPUNG.

“SAYA BERASA SERONOK DAN BERSEMANGAT SETELAH MENYERTAI TBC TERUTAMA SEMASA AKTIVITI MEMBINA RAKIT SECARA BERKUMPULAN. KINI SAYA LEBIH BERSEMANGAT DAN LEBIH OPTIMIS UNTUK MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DAN LEBIH TAHU AKAN KEPENTINGAN BEKERJASAMA” KATA ENCIK MUHAMMAD NAZIH BIN ROSMERA YANG MERUPAKAN GURU DI SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ.

LAGI

CALON STAM 2019 MAAHAD IMTIYAZ PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG

45 ORANG CALON PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) DARI MAAHAD IMTIYAZ MASING-MASING TELAH MEMPEROLEHI KEPUTUSAN PADA 22 JANUARI 2020 YANG LEPAS. KEPUTUSAN KESELURUHAN CALON STAM MAAHAD IMTIYAZ MEMPEROLEHI GPS 3.25. 3 ORANG CALON BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN MUMTAZ , 9 ORANG CALON MEMPEROLEHI KEPUTUSAN JAYYID JIDDAN MANAKALA 12 ORANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN JAYYID.

 

BAGI FAHIM SHAHMI DAN ADIKNYA NURNASYIRAH YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN MUMTAZ, MEREKA SANGAT BERSYUKUR ATAS KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHI DAN KEJAYAAN INI MERUPAKAN HADIAH BUAT IBU DAN AYAH MEREKA. SEORANG LAGI CALON YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN MUMTAZ IALAH MARYAM NAFISAH JUGA AMAT GEMBIRA DAN BERSYUKUR ATAS USAHA YANG DILAKUKAN MEMEBUAHKAN HASIL.  UCAPAN PENGHARGAAN BUAT PARA USTAZ YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBERIKAN ILMU, UMMI DAN ABI YANG SENTIASA MEMBERIKAN SEMANGAT UNTUK BELIAU TERUS BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

 

 

OLEH LATIFAH HASHIM

LAGI

KEMERIAHAN HARI KELUARGA AKADEMI IKATAN MUSLIMIN 2019

31 OGOS 2019, ULU CHEPOR-  HARI KELUARGA AKADEMI IKATAN MUSLIMIN(AIM) 2019 TELAH BERLANGSUNG PADA 31 OGOS 2019 YANG LALU. KEMERIAHAN TURUT DIRASAKAN APABILA SAMBUTAN KEMERDEKAAN TURUT DIADAKAN SERENTAK. PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN BAGI ACARA KANAK-KANAK, BERPASANGAN DAN DEWASA. KOLEKSI GAMBAR BOLEH DIDAPATI DI PAUTAN PAGE RASMI AKADEMI IKATAN MUSLIMIN-AIM.

LAGI

MIM